Jan 28, 2012

Nasihat Atuk

Dari kecik ni saya budak yang degil, susah nak dengar cakap org. Tak kire la sape org tu, tapi memang saya x mau dengar. Tapi cakap org yg paling saya x mau dengar da tentulah mama, papa, atuk & nenek sebab mereka la yg paling banyak bagi nasihat kat saya.

Bile da besar ni kan (besar ke?) dan dah lalui macam-macam dalam hidup ni, pergi macam-macam seminar, berkenalan dengan macam-macam org dan buat macam-macam kesilapan. Saya asyik teringat nasihat-nasihat atuk saya.

Atuk saya ni belajar takat darjah 6, kecik-kecik menoreh getah, macam-macam kerja dia penah buat, dari tukang masak restoran sampailah jual satay & sembelih unta. Gaji atuk x besar tapi falsafah atuk sangat hebat. Saya tahu hebat pun sebab dua seminar saya pergi, dua-dua cakap tentang falsafah atuk. Takdela sebijik2 tapi dekat nak sama.

Falsafah Atuk #1 : "Kalau ada RM1, belanja 80sen, lagi 20 sen simpan. Kalau ada RM1 tapi belanja RM1 ape yang tinggal untuk masa depan kita? Kalau ada RM1 tapi belanja RM1.20, dah tentu perlu berhutang dan ambil duit dari masa depan kita."

Masa saya pergi seminar Millionaire Mind Intensive Seminar by Success Resources (M),saya belajar cara nak menguruskan wang menggunakan sistem balang 'jar system' di mana 20% duit disarankan untuk simpanan! Atuk saya x pernah pergi seminar, bahasa inggeris pun x faham, tapi dia boleh tahu dan dia amalkan! atuk saya berjaya simpan duit cukup untuk dia bersara malah siap ada back up untuk anak-anak! Amazing! Dalam seminar yang sama, mereka berkata:

"Kalau RM1 pun x boleh nak uruskan,apa yang buat anda fikir anda boleh uruskan RM1,000,000.00?"

Dalam seminar Jim Rohn, Take Charge Of Your Life pula dia memberitahu kepentingan mendidik kanak-kanak (apetah lagi org dewasa) untuk sangat berhati-hati dalam menguruskan walaupun 1 Dolar.

"If you think it's just a child and a dollar,it is a huge mistake!" 

Jim Rohn juga menyarankan untuk membahagi kan duit tersebut begini: 70 sen belanja,10 sen derma, 10 sen simpan untuk pelaburan jangka masa pendek, dan 10 sen lagi untuk jangka masa panjang. Sama kan? Belanja 80 sen, simpan 20 sen!

Falsafah Atuk #2: "Sentiasa bersedia untuk hari esok,kalau hari ni kita untung besar, x semestinya esok kita dapat keuntungan yang sama, kita tidak tahu bila kita akan jatuh."

Saya teringat sangat nasihat ni semasa bisnes saya jatuh. Saya leka ketika senang dan langsung tiada plan untuk masa hadapan. Saya lebih teingat lagi bila mendengar seminar Jim Rohn tentang 'Seasons of Life' yang menceritakan musim-musim yang PASTI akan datang dalam hidup kita iaitu musim bunga,panas,luruh dan sejuk.

1.Kita perlu tahu menghadapi MUSIM SEJUK dimana banyak banyak kekecewaan akan dihadapi.
2.Kita perlu belajar mengambil kesempatan ketika MUSIM BUNGA di mana banyak peluang mendatang.
3.Kita mesti bertahan ketika MUSIM PANAS di mana usaha kita akan diganggu.
4.Kita mesti bersedia menikmati hasil ketika MUSIM LURUH yang juga dikenali musim menuai.

Terima kasih atuk atas semua nasihat-nasihat. Muaz minta maaf sebab Muaz selalu x dengar cakap atuk. Mulai saat ni, Muaz nak praktikkan apa yang atuk cakap.

Ilmu yang sedikit kalau diamal jauh lebih baik dari ilmu yang banyak tetapi langsung tidak diamal.

Wallahualam