Mar 24, 2012

Anda membunuh diri anda sedikit demi sedikit setiap hari!

Assalamualaikum,

Bila mood tengah baik ni, memang macam-macam la saya saje nak share dengan semua orang kan. Dulu saya x ambil serious sangat hal ni, tetapi disebabkan kawan-kawan saya kurang kesedaran. Dan ramai jugak yang dah mendapat penyakit-penyakit di waktu muda. Seawal 17 tahun da kena sakit jantung! Seawal 11 tahun dah kena cancer tahap 4! Seawal 9 tahun kena kencing manis! Apa kes ni brader?

Baru-baru ni pemain bola yang berlatih setiap hari berjam-jam, cergas, aktif pun jatuh di padang bola. Pemain Bolton, Muamba ke ape nama dia. Apa kes ni brader? Abang kawan saya meninggal dunia akibat strok semasa berumur 24 tahun 4 tahun yang lepas ketika main futsal. Abang dia adalah sangat-sangat aktif! Yang kurang aktif jaga-jaga (diri sendiri lettew).

Ape kes ni brader? Nak tahu ape kes? Tengok apa yang anda makan setiap hari! Anda makan untuk bunuh diri sebenarnya! Tak payah cerita la yang merokok kan. Apa yang anda makan semalam? Pagi tadi? Anda makan semuanya makanan tekak anda, tetapi bukan makanan untuk badan anda. Anda makan untuk selera anda, bukan untuk kesihatan anda. Saya boleh buktikan!

Budak-budak sekarang tak suka makan sayur (saya pun sama) sebab rasa dia x best. Kita sanggup drive dari Bangi, Shah Alam, Subang ke wangsa maju untuk makan nasi lemak Mali's Corner pukul 2 pagi sebab SEDAP. Atau pergi ke Ampang Jaya untuk makan Burger Om sebab SEDAP! Tak ada pun yang jalan jauh-jauh sebab Khasiat atau Sihat. Tepuk dada tanya selera tekak.

Kita makan semuanya makanan tekak kita, tetapi bukan makanan untuk badan kita 

Lepas tu bila sakit kita pun pelik. Kita salahkan cuaca, jangkitan kuman, sakit keturunan dan sebagainya. Ya memang sakit keturunan, tapi penyakitnya adalah resipi lazat turun-temurun. Kalau resepi khasiat turun-temurun ok je rasanya. Kan......?

Saya nak berhenti di sini, ini memang post pendek, sedar-sedar lah diri tu, tengok video ni dan ambil pengajaran. 

kepentingan makanan from Akhghazali on Vimeo.



Dah dah dah,yang dah lepas tu lepas la, jangan dikenang makanan yang lama, ingatlah makan sihat hari ni untuk kesihatan hari esok. Nak senang minum je MonaVie. Nak MonaVie call saya. Senang je.

Kesihatan lebih mudah dicari berbanding penyakit, misterinya, manusia lagi suka cari penyakit

Saya mungkin akan edit lagi post ni or bagi maklumat lain dalam post seterusnya,nak info kesihatan cepat, just call, sms or dm saya di facebook.

Jumpa di post seterusnya..

Wasalam

Mar 23, 2012

Arang yg bersinar-sinar

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hari ni saya saje nak share pasal arang. Yes! Arang..tapi ni arang yang special, dia boleh bersinar..bersinar dan memukau hati orang yang melihatnya. Cantik sehingga orang yg memilikinya merasa bangga. Dan nilainya sangatlah tinggi,tinggi sehingga mencecah ratus jutaan ringgit!

Bagi yang belajar Geologi, saya tahu saya kureng arif la pasal batu2 ni kan..but thanks to Mr Google, saya dapat gambar arang! Ce ce ce tengok sket....

Eyh! tadi kata bersinar? mana sinarnya? Yes, sekarang arang ni masih belum bersinar, hitam & legap. Ini arang batu tau, dalam bahasa Inggerisnya 'coal'. Dijumpai didalam bumi melalui proses cari-gali.

Bagaimana arang ini boleh bersinar dan cantik? Caranya adalah dengan diberi TEKANAN  serta suhu yang sangat TINGGI 90-100 kaki di dalam kerak bumi. Setelah MENERIMA TEKANAN & suhu yang tinggi itu, barulah akhirnya arang ini akan bertukar menjadi batu yang bersinar, cantik dan tinggi nilainya..


Berlian atau Diamond! Yes, inilah batu yang dahulunya arang yg hitam legam. Kerana kesanggupan arang tersebut (terpaksa sebenarnya) menerima TEKANAN akhirnya berubah kepada sesuatu yang sangat berharga!

It doesn't matter where you come from, It matters where you go

Di mana kita bermula adalah tidak penting. Kita mungkin bermula sebagai orang yang tidak punya apa-apa, banyak hutang, tidak pandai membaca, tidak berbakat dan pelbagai lagi kekurangan yang kita miliki. Tetapi itu semua tidak penting.Yang paling penting adalah matlamat kita, arah tujuan kita, dan orang bagaimana yang kita ingin jadi.  

Ramai yang tidak suka dengan TEKANAN (di dalam bahasa Inggeris 'PRESSURE'). Mereka mengambil tekanan sebagai benda yang negatif dan membiarkan diri mereka terjerumus di dalam masalah yang menekan mereka. Ada yang mengambil jalan pintas dengan melarikan diri dari tekanan tersebut.

TEKANAN sekiranya diterima dan digunakan dengan betul dapat membantu mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Malah, tekanan adalah sangat penting untuk kita berjaya! Tetapi berhati-hati, anda juga perlu pilih tekanan yang anda ingin hadapi,(pendapat peribadi saya) jangan ditekan oleh perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Contohnya adalah tertekan kerana pasukan bolasepak Arsenal yang anda gemari tewas dengan pasukan Manchester United. Ingat, pilih tekanan yang betul!

Sekiranya anda tidak mempunyai tekanan, cari tekanan tersebut! Impian juga merupakan satu bentuk tekanan! Malah IMPIAN merupakan satu bentuk tekanan POSITIF yang sangat hebat dan efektif!

Sebelum saya akhiri sharing kali ni, saya saje nak share video tentang seseorang yang dulunya tidak punya apa-apa, hanya mampu makan tuna di dalam tin sahaja setiap hari. Hari ini dapat membeli apa sahaja yang mereka mahu. Mereka menggunakan tekanan hidup mereka dengan betul dan akhirnya berjaya mencapai impian mereka.  Lapangkan dada anda, semoga ia memberi inspirasi kepada anda.

 


It doesn't matter where you come from, It matters where you go


Wallahualam :)