Feb 14, 2012

Recognition Night & MonaVie Active Launching

Assalamualaikum... Hari ni saje nak share cite event hari sabtu, 11 Feb 2012 aritu. Recognition Night & MonaVie Active Launching kat Hotel Hilton, Petaling Jaya. Recognition Night (RN) tu apa? RN ni majlis malam anugerah bagi achievers dalam MonaVie. Semua pengedar yang achieve pangkat dari Star sampai lah ke Diamond dan seterusnya. Sebab MonaVie sangat menghargai pengedar-pengedar mereka yang bersungguh-sungguh menyampaikan mesej kesihatan dan kepentingan jus MonaVie kepada masyarakat.

RN ni biasanya diadakan 3-4 kali setahun, ye la..tak kan nak buat tiap-tiap hari kan? RN ni adalah majlis yang sangat menaikkan semangat usahawan-usahawan MonaVie untuk pergi rank yang lebih tinggi lagi. Apa-apa pun, saya sendiri rasa sangat dihargai bila dipanggil untuk naik ke pentas sebagai Silver Executive dan bersemangat tengok rakan-rakan seperjuangan yang lain di pentas yang sama dengan pencapaian yang sangat-sangat luar biasa.

Sebenarnya benda yang lagi penting yang saya saje nak share adalah Pelancaran produk MonaVie Active! MonaVie botol hijau yang dirumus dengan Acai Berry + 18 jenis buah-buahan terbaik di dunia ini ditambah dengan Glucosamine semula jadi yang diambil dari tumbuh-tumbuhan. Glucosamine tu hape? Glucosamine ni bahan yang membantu membaiki sendi-sendi yang dah haus. Bermaksud MonaVie Active ni sangat bagus untuk memberi keperluan nutrisi yang sepatutnya manusia dapat setiap hari dari buah-buahan (tapi korang x makan) dan untuk kesihatan sendi.

Dah hampir 2 tahun kami tunggu produk MonaVie Active ni masuk ke pasaran Malaysia, akhirnya Allah izinkan juga. Produk MonaVie berpenutup hijau ini adalah produk MonaVie yang paling laris di dunia! MonaVie mencapai jualan USD 2 Billion setelah produk ini masuk ke pasaran. Dengan rasa yang sangat sedap lagi berkhasiat, perkara ini memang bukan sesuatu yang mengejutkan.

Banyak pakcik, makcik, atuk, nenek yang dulu sembahyang terpaksa duduk atas kerusi sekarang dah boleh solat berdiri selepas mengamalkan produk MonaVie Active ni dengan izin Allah. Kalau siapa yang tahu cerita Kak Fiza dari Sekinchan yang lumpuh selama 2 tahun kerana penyakit SLE dan sekarang dah boleh berlari, bawak kereta, kayuh basikal dan macam-macam lagi. Kak Fiza ni dulu amalkan MonaVie Active la..saya tolong buat order dari Singapore untuk dia sebab ni kes spesel.

Next post saya akan share tentang apa yang Dr. Paul Clayton (Doctor & Nutrition Scientist) cerita tentang masalah gaya hidup masa kini dan kenapa beliau memandang serious terhadap perkembangan serta pemasaran produk MonaVie kepada masyarakat seluruh dunia. Last sekali, saya saje nak share gambar-gambar malam RN & MonaVie Active Launching, bole kan?





Ok, saje nak share sampai sini je. Saya sumpah siapa yang baca post ni Sihat, Kaya, Berjaya, Bahagia & Berkat hidup dia..amin

Wallahualam
Feb 6, 2012

IMKK bersama Mentor DAO

Assalamualaikum wbt,kali ni Saje nak share pengalaman di Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan bersama Dr Azizan Osman. Memang Luar Biasa beb! Meh bagi tengok sket gambar Dr Azizan Osman neyh.


Rasanya ramai yang kenal pun, selalu keluar dalam surat khabar dan kat rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9. Pogram IMKK 2012 neyh dijalankan pada 3-5 Febuari aritu. Jumaat dan Sabtu sehari penuh dari 9am-11pm dan hari Ahad pula 9am-4.30pm. Pogram 3 hari ni memang sangat mantap! Rasa macam x cukup je 3 hari pogram. Masa hari terakhir tu semua macam xnak balik..tapi kalau x balik nak tido mane kan?


Ni gambar susana hari terakhir. Semua pakai baju biru! hehe, my favorite color ok. Nampak x saya dalam gambar tu?sape jumpa saya bagi hadiah. Dalam seminar ni kami semua rasa macam dah lama kenal. Padahal baru je jumpa kat sini. Mungkin sebab kami semua diberi ilmu yang sama dan 99% yang datang adalah mereka yang sangat positif dan dahagakan ilmu. Rasa sangat rapat la antara kami. Saya x mahu cerita banyak-banyak sebab kalau nak tahu camne feel dia bole datang sendiri and experience it yourself!

Yang penting kami bukan dilatih untuk jadi bomoh tarikh lahir ye, mana boleh ramal nasib orang, syirik tu. Jadi kalau ada yang kata boleh ramal nasib melalui tarikh lahir tu jangan caye, itu tidak benar dan lain dari apa yang diajar kepada kami. Yang paling penting, ilmu yang diberi sangat bermanfaat dan pada pendapat saya semua orang perlu datang dan alami sendiri. Saya sendiri tolong jamin setiap sen anda akan bernilai (bukan promote utk komisen ok). Keluar je dari seminar, hati saya kurang bimbang tentang masalah-masalah yang sedia ada. Rasa macam bediri kat tepi pantai sambil hirup udara segar. Sampai sekarang masih terasa kesannya.


Saya sangat bersyukur kerana dengan izin Allah saya dapat hadir ke pogram ni dan berazam sangat nak datang lagi. Jom pergi sama-sama! Huhu..sape nak pergi next pogram dengan saya angkat tangan! Ok elok kat pantai jadi ke laut pulak. Saje nak share sampai sini je kali ni.

"The Best Investment is The Investment in Your Self-Education"

Wallahualam


Jan 28, 2012

Nasihat Atuk

Dari kecik ni saya budak yang degil, susah nak dengar cakap org. Tak kire la sape org tu, tapi memang saya x mau dengar. Tapi cakap org yg paling saya x mau dengar da tentulah mama, papa, atuk & nenek sebab mereka la yg paling banyak bagi nasihat kat saya.

Bile da besar ni kan (besar ke?) dan dah lalui macam-macam dalam hidup ni, pergi macam-macam seminar, berkenalan dengan macam-macam org dan buat macam-macam kesilapan. Saya asyik teringat nasihat-nasihat atuk saya.

Atuk saya ni belajar takat darjah 6, kecik-kecik menoreh getah, macam-macam kerja dia penah buat, dari tukang masak restoran sampailah jual satay & sembelih unta. Gaji atuk x besar tapi falsafah atuk sangat hebat. Saya tahu hebat pun sebab dua seminar saya pergi, dua-dua cakap tentang falsafah atuk. Takdela sebijik2 tapi dekat nak sama.

Falsafah Atuk #1 : "Kalau ada RM1, belanja 80sen, lagi 20 sen simpan. Kalau ada RM1 tapi belanja RM1 ape yang tinggal untuk masa depan kita? Kalau ada RM1 tapi belanja RM1.20, dah tentu perlu berhutang dan ambil duit dari masa depan kita."

Masa saya pergi seminar Millionaire Mind Intensive Seminar by Success Resources (M),saya belajar cara nak menguruskan wang menggunakan sistem balang 'jar system' di mana 20% duit disarankan untuk simpanan! Atuk saya x pernah pergi seminar, bahasa inggeris pun x faham, tapi dia boleh tahu dan dia amalkan! atuk saya berjaya simpan duit cukup untuk dia bersara malah siap ada back up untuk anak-anak! Amazing! Dalam seminar yang sama, mereka berkata:

"Kalau RM1 pun x boleh nak uruskan,apa yang buat anda fikir anda boleh uruskan RM1,000,000.00?"

Dalam seminar Jim Rohn, Take Charge Of Your Life pula dia memberitahu kepentingan mendidik kanak-kanak (apetah lagi org dewasa) untuk sangat berhati-hati dalam menguruskan walaupun 1 Dolar.

"If you think it's just a child and a dollar,it is a huge mistake!" 

Jim Rohn juga menyarankan untuk membahagi kan duit tersebut begini: 70 sen belanja,10 sen derma, 10 sen simpan untuk pelaburan jangka masa pendek, dan 10 sen lagi untuk jangka masa panjang. Sama kan? Belanja 80 sen, simpan 20 sen!

Falsafah Atuk #2: "Sentiasa bersedia untuk hari esok,kalau hari ni kita untung besar, x semestinya esok kita dapat keuntungan yang sama, kita tidak tahu bila kita akan jatuh."

Saya teringat sangat nasihat ni semasa bisnes saya jatuh. Saya leka ketika senang dan langsung tiada plan untuk masa hadapan. Saya lebih teingat lagi bila mendengar seminar Jim Rohn tentang 'Seasons of Life' yang menceritakan musim-musim yang PASTI akan datang dalam hidup kita iaitu musim bunga,panas,luruh dan sejuk.

1.Kita perlu tahu menghadapi MUSIM SEJUK dimana banyak banyak kekecewaan akan dihadapi.
2.Kita perlu belajar mengambil kesempatan ketika MUSIM BUNGA di mana banyak peluang mendatang.
3.Kita mesti bertahan ketika MUSIM PANAS di mana usaha kita akan diganggu.
4.Kita mesti bersedia menikmati hasil ketika MUSIM LURUH yang juga dikenali musim menuai.

Terima kasih atuk atas semua nasihat-nasihat. Muaz minta maaf sebab Muaz selalu x dengar cakap atuk. Mulai saat ni, Muaz nak praktikkan apa yang atuk cakap.

Ilmu yang sedikit kalau diamal jauh lebih baik dari ilmu yang banyak tetapi langsung tidak diamal.

Wallahualam