Feb 14, 2012

Recognition Night & MonaVie Active Launching

Assalamualaikum... Hari ni saje nak share cite event hari sabtu, 11 Feb 2012 aritu. Recognition Night & MonaVie Active Launching kat Hotel Hilton, Petaling Jaya. Recognition Night (RN) tu apa? RN ni majlis malam anugerah bagi achievers dalam MonaVie. Semua pengedar yang achieve pangkat dari Star sampai lah ke Diamond dan seterusnya. Sebab MonaVie sangat menghargai pengedar-pengedar mereka yang bersungguh-sungguh menyampaikan mesej kesihatan dan kepentingan jus MonaVie kepada masyarakat.

RN ni biasanya diadakan 3-4 kali setahun, ye la..tak kan nak buat tiap-tiap hari kan? RN ni adalah majlis yang sangat menaikkan semangat usahawan-usahawan MonaVie untuk pergi rank yang lebih tinggi lagi. Apa-apa pun, saya sendiri rasa sangat dihargai bila dipanggil untuk naik ke pentas sebagai Silver Executive dan bersemangat tengok rakan-rakan seperjuangan yang lain di pentas yang sama dengan pencapaian yang sangat-sangat luar biasa.

Sebenarnya benda yang lagi penting yang saya saje nak share adalah Pelancaran produk MonaVie Active! MonaVie botol hijau yang dirumus dengan Acai Berry + 18 jenis buah-buahan terbaik di dunia ini ditambah dengan Glucosamine semula jadi yang diambil dari tumbuh-tumbuhan. Glucosamine tu hape? Glucosamine ni bahan yang membantu membaiki sendi-sendi yang dah haus. Bermaksud MonaVie Active ni sangat bagus untuk memberi keperluan nutrisi yang sepatutnya manusia dapat setiap hari dari buah-buahan (tapi korang x makan) dan untuk kesihatan sendi.

Dah hampir 2 tahun kami tunggu produk MonaVie Active ni masuk ke pasaran Malaysia, akhirnya Allah izinkan juga. Produk MonaVie berpenutup hijau ini adalah produk MonaVie yang paling laris di dunia! MonaVie mencapai jualan USD 2 Billion setelah produk ini masuk ke pasaran. Dengan rasa yang sangat sedap lagi berkhasiat, perkara ini memang bukan sesuatu yang mengejutkan.

Banyak pakcik, makcik, atuk, nenek yang dulu sembahyang terpaksa duduk atas kerusi sekarang dah boleh solat berdiri selepas mengamalkan produk MonaVie Active ni dengan izin Allah. Kalau siapa yang tahu cerita Kak Fiza dari Sekinchan yang lumpuh selama 2 tahun kerana penyakit SLE dan sekarang dah boleh berlari, bawak kereta, kayuh basikal dan macam-macam lagi. Kak Fiza ni dulu amalkan MonaVie Active la..saya tolong buat order dari Singapore untuk dia sebab ni kes spesel.

Next post saya akan share tentang apa yang Dr. Paul Clayton (Doctor & Nutrition Scientist) cerita tentang masalah gaya hidup masa kini dan kenapa beliau memandang serious terhadap perkembangan serta pemasaran produk MonaVie kepada masyarakat seluruh dunia. Last sekali, saya saje nak share gambar-gambar malam RN & MonaVie Active Launching, bole kan?





Ok, saje nak share sampai sini je. Saya sumpah siapa yang baca post ni Sihat, Kaya, Berjaya, Bahagia & Berkat hidup dia..amin

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment