Apa khabar semua? Hari ni saya saje nak share pasal arang. Yes! Arang..tapi ni arang yang special, dia boleh bersinar..bersinar dan memukau hati orang yang melihatnya. Cantik sehingga orang yg memilikinya merasa bangga. Dan nilainya sangatlah tinggi,tinggi sehingga mencecah ratus jutaan ringgit!
Bagi yang belajar Geologi, saya tahu saya kureng arif la pasal batu2 ni kan..but thanks to Mr Google, saya dapat gambar arang! Ce ce ce tengok sket....
Eyh! tadi kata bersinar? mana sinarnya? Yes, sekarang arang ni masih belum bersinar, hitam & legap. Ini arang batu tau, dalam bahasa Inggerisnya 'coal'. Dijumpai didalam bumi melalui proses cari-gali.
Bagaimana arang ini boleh bersinar dan cantik? Caranya adalah dengan diberi TEKANAN serta suhu yang sangat TINGGI 90-100 kaki di dalam kerak bumi. Setelah MENERIMA TEKANAN & suhu yang tinggi itu, barulah akhirnya arang ini akan bertukar menjadi batu yang bersinar, cantik dan tinggi nilainya..
Berlian atau Diamond! Yes, inilah batu yang dahulunya arang yg hitam legam. Kerana kesanggupan arang tersebut (terpaksa sebenarnya) menerima TEKANAN akhirnya berubah kepada sesuatu yang sangat berharga!
It doesn't matter where you come from, It matters where you go
Di mana kita bermula adalah tidak penting. Kita mungkin bermula sebagai orang yang tidak punya apa-apa, banyak hutang, tidak pandai membaca, tidak berbakat dan pelbagai lagi kekurangan yang kita miliki. Tetapi itu semua tidak penting.Yang paling penting adalah matlamat kita, arah tujuan kita, dan orang bagaimana yang kita ingin jadi.
Ramai yang tidak suka dengan TEKANAN (di dalam bahasa Inggeris 'PRESSURE'). Mereka mengambil tekanan sebagai benda yang negatif dan membiarkan diri mereka terjerumus di dalam masalah yang menekan mereka. Ada yang mengambil jalan pintas dengan melarikan diri dari tekanan tersebut.
TEKANAN sekiranya diterima dan digunakan dengan betul dapat membantu mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Malah, tekanan adalah sangat penting untuk kita berjaya! Tetapi berhati-hati, anda juga perlu pilih tekanan yang anda ingin hadapi,(pendapat peribadi saya) jangan ditekan oleh perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Contohnya adalah tertekan kerana pasukan bolasepak Arsenal yang anda gemari tewas dengan pasukan Manchester United. Ingat, pilih tekanan yang betul!
Sekiranya anda tidak mempunyai tekanan, cari tekanan tersebut! Impian juga merupakan satu bentuk tekanan! Malah IMPIAN merupakan satu bentuk tekanan POSITIF yang sangat hebat dan efektif!
Sebelum saya akhiri sharing kali ni, saya saje nak share video tentang seseorang yang dulunya tidak punya apa-apa, hanya mampu makan tuna di dalam tin sahaja setiap hari. Hari ini dapat membeli apa sahaja yang mereka mahu. Mereka menggunakan tekanan hidup mereka dengan betul dan akhirnya berjaya mencapai impian mereka. Lapangkan dada anda, semoga ia memberi inspirasi kepada anda.
It doesn't matter where you come from, It matters where you go
Wallahualam :)





0 comments:
Post a Comment