Bila mood tengah baik ni, memang macam-macam la saya saje nak share dengan semua orang kan. Dulu saya x ambil serious sangat hal ni, tetapi disebabkan kawan-kawan saya kurang kesedaran. Dan ramai jugak yang dah mendapat penyakit-penyakit di waktu muda. Seawal 17 tahun da kena sakit jantung! Seawal 11 tahun dah kena cancer tahap 4! Seawal 9 tahun kena kencing manis! Apa kes ni brader?
Baru-baru ni pemain bola yang berlatih setiap hari berjam-jam, cergas, aktif pun jatuh di padang bola. Pemain Bolton, Muamba ke ape nama dia. Apa kes ni brader? Abang kawan saya meninggal dunia akibat strok semasa berumur 24 tahun 4 tahun yang lepas ketika main futsal. Abang dia adalah sangat-sangat aktif! Yang kurang aktif jaga-jaga (diri sendiri lettew).
Ape kes ni brader? Nak tahu ape kes? Tengok apa yang anda makan setiap hari! Anda makan untuk bunuh diri sebenarnya! Tak payah cerita la yang merokok kan. Apa yang anda makan semalam? Pagi tadi? Anda makan semuanya makanan tekak anda, tetapi bukan makanan untuk badan anda. Anda makan untuk selera anda, bukan untuk kesihatan anda. Saya boleh buktikan!
Budak-budak sekarang tak suka makan sayur (saya pun sama) sebab rasa dia x best. Kita sanggup drive dari Bangi, Shah Alam, Subang ke wangsa maju untuk makan nasi lemak Mali's Corner pukul 2 pagi sebab SEDAP. Atau pergi ke Ampang Jaya untuk makan Burger Om sebab SEDAP! Tak ada pun yang jalan jauh-jauh sebab Khasiat atau Sihat. Tepuk dada tanya selera tekak.
Kita makan semuanya makanan tekak kita, tetapi bukan makanan untuk badan kita
Lepas tu bila sakit kita pun pelik. Kita salahkan cuaca, jangkitan kuman, sakit keturunan dan sebagainya. Ya memang sakit keturunan, tapi penyakitnya adalah resipi lazat turun-temurun. Kalau resepi khasiat turun-temurun ok je rasanya. Kan......?
Saya nak berhenti di sini, ini memang post pendek, sedar-sedar lah diri tu, tengok video ni dan ambil pengajaran.
Kesihatan lebih mudah dicari berbanding penyakit, misterinya, manusia lagi suka cari penyakit
Saya mungkin akan edit lagi post ni or bagi maklumat lain dalam post seterusnya,nak info kesihatan cepat, just call, sms or dm saya di facebook.
Jumpa di post seterusnya..
Wasalam



0 comments:
Post a Comment