Assalamualaikum, salam Ramadhan al-mubaraq, kena lah dengan tajuk saya hari ni, bulan Ramadhan ni memang kesabaran kita lagi teruji, dengan lapar nye, dengan panas nye, dengan kerja nye, dan macam-macam hal lagi yang menguji kesabaran kita sebagai manusia.
Hari ni sye saje nak share tentang buluh. Buluh ni bukan buluh biasa yang kita guna nak buat lemang,tabung atau meriam buluh. Ini buluh Jepun yang kurus je. Yang panda selalu makan tu.
Tergerak hati sye nak share malam mi kerana insiden-insiden yang berlaku kepada orang-orang di sekeliling saya baru-baru ni.
Buluh jepun adalah hidupan hebat yang mampu tumbuh setinggi 1 meter dalam sehari. Meh tengok sket gambar buluh tu.
Walaupun buluh ni boleh tumbuh sehingga melebihi 100 kaki tinggi, ia memerlukan masa 5 tahun di mana tumbuhan ini di siram dengan air serta dibaja tetapi, di permukaan tanah, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Cuba anda bayangkan, siram dan baja tanah, tapi ape pun x tumbuh selama 5 tahun. Sanggup?
Tetapi, selepas 5 tahun, apabila ia telah bersedia, pokok ini akan tumbuh setinggi 90 kaki di dalam masa 6 minggu dan tumbuh setinggi bangunan! Apa yang anda tidak nampak di dalam masa 5 tahun itu adalah, di dalam tanah, akar-akar pokok ini giat merebak dan membuat jaringan untuk membantu pertumbuhan luar biasa pokok ini.
Sabar dan Istiqamah tidak dapat dipisahkan. Untuk kita Istiqamah melakukan sesuatu setiap hari, sifat sabar perlu ada kerana kadang-kala hasilnya tidak nampak. Bukan sahaja hasilnya tidak nampak, malah disertai cabaran-cabaran sepanjang perjalanan kita. Seperti dalam cerita tadi, kita siram dan baja pokok buluh ini selama 5 tahun tanpa melihat apa-apa di permukaan tanah.
Sekiranya anda sedang mengusahakan sesuatu, dan ia mengambil masa lebih lama dari yang anda harapkan. Ingatlah cerita buluh ini. Banyakkan istighfar dan insyaAllah, kejayaan milik kita semua.
“Success is stumbling from failure to failure with no loss of enthusiasm.”
― Winston Churchill
Wallahualam :)

0 comments:
Post a Comment